my dear blog;
penat... byk jenis... penat kerja (semestinya) penat sebb asyik tido jek (yup! ada gak kes nih)... tapi penat kali ni penat lain...
penat #1:
penat untuk jadi visible... bila kita dah cuba sampai tahap kedelapan, tapi kita masih invisible.... yang mungkin nilai kita kurang kalau dibanding yang lain... sampai satu tahap kita rasa kita dah malas dan mcm nak tarik diri, tapi, kita tak boleh... penat bila kita berusaha jadi pendengar setia... tapi bila giliran kita mau suara kita, aduan kita di dengari, org yg di harapkan tiada emosi... yup! kita masih invisible... tapi, terang2 tidak pada orang lain... ini jelas bila setiap masa kita hanya dengar kebaikan tentang pihak di sana... dia mcm ni, dia mcm tu, best gila dia ni... kita? "maaf saya tidak nampak kamu", mungkin itu jawapan di hati... rupanya baru kita tau, yang kita ni cuma orang 'biasa biasa'...
penat #2:
bila orang asing yang kita tak perlu, datang menjajah di sudut selesa kita... tempat bermain kita yang sangat kita sukai jadi tempat yang paling tak selesa buat kita... haish! saya paling tak suka drama swasta... sila buat drama di tempat lain.... boleh?
penat #3:
nak kasi orang faham kedudukan kita, ketidakselesaan kita, sampai kita takut nak bersuara... terusnya... kita ikut kan aja kehendak mereka... anggukan kepala ajalah dari melarat jadi isu semasa...
mungkin penat-penat tu bukan aku je yang rasa, semua org rasa... yelah sape yang tak penat ye tak? bionic la kalau tak penat... cuma kadang2 kita perlukan ruang atau cuba untuk bukak mulut cakap benda yang kita penat pada org yang buat kita penat... tapi sebb kita suka jaga hati orang, kita senyum kan aja... atau mungkin orang itu orang asing, kita pula bukan jenis yang nak tanpa segan silu kasik nota buat teguran atau kita rasa tiada untung nya kalau kita jadi peramah tak bertempat, jadi kita lihat dan tonton ajalah... macamana ek, nak ada guts nak kasitau orang yang kita tak suka itu dan tidak boleh untuk ini, sebb kita tau bila kita cakap, kita kena marah balik... mmg tanggungjawab kita ek untuk jaga hati semua orang? tapi hati kita macamana? penat kan?
*post*
Thursday, March 04, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tulis blog pukul 3.30 pagi tak penat pulak...
Post a Comment