Friday, December 28, 2007

Bali ticket (return) for 2 on sale

My dear blog;

Bali ticket (return) for 2 on sale - Airasia

Price: 1300RM (only air ticket no accommodation)
Travel Period: 11Jan’08 to 14Jan’08

Fyi: Currently same ticket for this period is costing around 2700RM.

Because of some reason a friend of mine have to postpone his travel, and want to sell the tickets.
He will bear the all charges against name changes request etc.


Any taker? Please contact me at:
YM: farathebugbuster
email: bugdemall@yahoo.co.uk


*post*

Wednesday, December 05, 2007

studio shots...

My dear blog;



some studio shots taken at saturahsia studio... enjoy! *post*


Monday, December 03, 2007

bersawah padi di Sg. Petani...

My dear blog;


tora datang lagi!!!... herph.. hasil pengambaran di Sg. Petani... full upload coming soon... click here

Friday, November 23, 2007

deepavali party..

My dear blog;

the foods are finger licking good… no doubt!... enjoy! *post*

location: IT Dept (office)









Thursday, November 22, 2007

finally...

My dear blog;

finally... click here...

for booking/enquiry:

email: fara@tepakbridal.com / boi@tepakbridal.com
ctc: 0163955285 / 0163900369


*post*

Wednesday, November 21, 2007

apa?!!!

My dear blog;

"Apa? Ko belum kawin? belum ada anak, ko gila ke?!! umo macam ko nih dah patut start buat anak... nanti dah tua baru nak beranak tak ke menyusah kan tuh?!!!"

babi!... bangsat btol ayat di atas!... *post*

Tuesday, November 20, 2007

reunion...

My dear blog;

tetiba aku rasa mcm nak buat reunion... reunion untuk bebudak college aku dulu... banyak keje nak buat nih... buat masa nih aku try collect contact number rakan sejahat masa college aku dulu... oh! harap harap project reunion nih menjadi... sungguh! aku sangat rindukan mereka... *post*

Friday, November 16, 2007

new layout...

My dear blog;

ok, new layout... but still under construction... *post*

coming soon...

My dear blog;

coming soon... *post*


p/s: garage sales part 1 still on...

Wednesday, November 14, 2007

garage sales part 1...

My dear blog;

The sales is on... Please do not hesitate to contact me if you are interested... all in 's' or 'xs' size... Please email or YM me for any details and how to purchase.

YM: farathebugbuster
email : bugdemall@yahoo.co.uk


2nd hand vintage skirts for you to grab

Items and prices as per below:



RM10
RM10
(super slim 3 quarter skirt)
RM10
RM15
RM15
the retro pocket

RM15

RM15
(3 quater skirt)


RM15
(3 quater skirt)
These are my fav:

RM25

RM25

Friday, November 09, 2007

sales @ bugdawold mall...

My dear blog;

Big sales at bugdaworld mall... Warehouse sales? Or Garage sales? You name it… Just wait for the next post… super duper cheap, the lowest price you ever had… *post*

Monday, October 22, 2007

ITD Open House...

My dear blog;

26th Oct, jumaat lepas, berlangsung nya open house utk IT dept... citer banyak tak guna, tgk je gamba kat bawah... Oh ya! perkara special pasal open house nih:

  • All malay staff bawak their own food (kira sedekah la)
  • Tak guna duit dept (duit sendri sudah)
  • bila hari biasa cubicle kosong, tapi time makan melaut jek staff dept nih
  • acara makan makan paling meriah yang aku pernah rasa sejak join dept nih, kalau tak semua mandom ala ala nerd ngadap computer
  • semua malay staff kena paksa pakai baju raya.. termasuk aku.. yang paling rare nak pakai baju kurung pi opis... (ayu kan?), sampai ada sorg mamat nih pakai 1 set baju melayu colour putih, sah baju nikah dia hari tuh.

All malay ITD staff

acara menyerbu pun bermula



marah...

Me dear blog;

Sabar itu ada had nya... jangan di uji, jangan di anggap tidak apa atau itu bukan satu kesalahan... bila marah, semua benda boleh jadi... hari ini mungkin aku hanya diam, mungkin aku bising untuk sehari dua, atau mengalir air mata setitik dua... jangan sampai aku berhenti bercakap... atau satu hari nanti aku dah tak ambil peduli... aku biarkan aja apa yang nak jadi... dan jangan sampai satu hari nanti hati aku akan mati... *post*

Thursday, October 18, 2007

Ada apa dgn raya?

My dear blog;

Takde apa yang special... seperti tahun - tahun lepas sama aja pada aku... raya pertama aja lah aku keluar beraya , itupun ke rumah auntie - auntie aku ... dlm masa sehari mmg semua rumah aku adik beradik pergi... lepas tuh acara lepak di rumah aja lah... begitu juga hari raya kedua, ketiga, keempat.. sama aja aku still lepak di rumah... menunggu saudara mara aku dtg... seperti biasa sebagai anak tunggal perempuan aku la yang paling sibuk buat air oren, top up kuih raya, tukang menghidang, potong bahan bahan masakan... mmg tak cukup tangan... penat... serius penat... dan yang paling tak best raya tahun ni... majoriti auntie aku sibuk bertanya soalan maut "bile lagi?", "Tahun depan ek?"... soalan yang pendek tapi cukup bisa untuk aku dengar... aku tak pernah jawab soalan soalan tu... aku cuma senyum jek... atau pun menjeling benci... dan yang pasti aku takde jawapan untuk semua soalan di atas.. tak berani nak beri jawapan.. takut apa yang aku harapkan tak menjadi... so, senyap, senyum dan menjeling ajalah aku... kengkawan aku pun takde sorg pun datang beraya... dan aku pun tak ke satu rumah pun... almaklumla aku faham masing masing dah ada keluarga sendiri... herph.. bila fikirkan benda - benda nih sakit hati pun ada... bukan sakit hati diorg tak dtg... tapi sakit hati aku tak dapat rasa apa yang diorg rasa.. beraya rumah mertua, or acara - acara berkeluarga yang pasti nya meriah... "entah la..." itu aja yang aku boleh jawab bila turn mak aku pulak yang bertanya.. sampai aku ugut "kalau mak tanya lagi, orang tak nak balik Bp dah!"... itulah aku dan hari raya tahun nih... *post*

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya...

My dear blog;




I would like to wish all , “Selamat Hari Raya Aidil Fitri and Maaf Zahir Batin”.

For those who are driving back to their kampung to celebrate this happy occasion with their families, have a safe and pleasant journey.

p/s: Happy anniversary en.awak...

*post*

Wednesday, September 26, 2007

New Logo...

My dear blog;

Selepas setahun alhamdulillah masih lagi beroperasi, rezeki... ini logo terbaru Tepak Bridal Photography... credit goes to awangpurba for this briliant design... please do not hesitate to call for booking…book awal awal untuk mengelakan larat... especially untuk December and November... next year slot sudah di buka juga... jadi cepat sebelum terlambat.. hehehe *post*



p/s: congrats to Azim and Erlina for the new born twin baby... diorg ni first customer yang hired Tepak Bridal tau...

Wednesday, September 19, 2007

Oh! anai - anai...

My dear blog;

Rumah ku diserang anai anai!!!... entahla dari mana dtgnye... dah la duduk apartment camna ntah anai - anai tu boleh menyerang... habis almari aku ditebuk nya... nak tak nak kenala aku buang almari tuh termasuk beberapa baju aku... hari Rabu lepas baru dapat beli racun dia... puas aku pusing area kinrara carik kedai jual racun serangga tapi tak jumpa... last - last gamble je pergi kedai hardware... suprisingly, ada jual la plak... maka tamatla riwayat anai - anai tersebut... tak sia sia la aku jadi fara the bugbuster... hehehe ... tapi sebenarnya yang banyak buat keje nih ialah En. Robet... sebab aku geli geleman tgk anak anai-anai tu bergelimpangan... lalu aku mengambil keputusan untuk menonton cerita KAMI dgn Gray's Anatomy di sepanjang proses pembunuhan anai-anai tu... heheh thanks la En. Awak... so, sekarang nih setiap kali aku balik rumah, bukak pintu jek mesti bau racun tuh... ntah bila la bau tu nak hilang... bulan nih kena la beli almari baru (duit lagi), haishhh.... *post*

Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa...

My dear blog;

"Selamat berpuasa dan selamat bertarawikh"
*post*

Wednesday, September 12, 2007

Happy Birthday En. Awak...

My dear blog;

"Be not afraid of growing slowly
Be afraid only if standing still"







*post*

Friday, September 07, 2007

Tahniah Banjoe...

My dear blog;

Tanggal 31st August, abang aku yang no 2, Banjoe selamat 'dinikahkan'... 1st Sept acara di rumah perempuan di Kluang, 2nd Sept pula di rumah kami di Batu Pahat, penat mmg la penat... aku lari sana sini... aku la yang sambut tetamu, aku la yang jadik MC suruh diorg salam pengantin (kitorg takde acara tepung tawar)... aku la yang tolong kasi bunga telur.. almaklumla aku sorg jek perempuan kat dlm adik beradik aku... heheh terasa mcm mami jarum pon ada... ala ala kepoh dan sibuk di hari perkahwinan orang lain... tapi takpe la... nasib baik abang aku nih simple sgt org nya takde la dia nak demand tinggi tinggi... sebenarnya takde pon acara bersanding dan takde pon pelamin yang berlangsir- langsir... tapi di sebabkan kitorg nak buat tempat ambil gamba keluarga, aku pun buatla mini pelamin... hehehe aku buat dari ranting kayu, dan aku hias skit ngan bunga daisy warna putih dgn daun liar lilit- lilit kat keliling ranting tuh... hehehe (dgn dibantu oleh Robet), alhamdulillah eksperimen kami menghias mini pelamin menjadi walaupun ianya sangat simple tapi kami sgt berpuas hati (puji diri sendiri utk menyedapkan hati) dgn hasil kerja kami yang first time tuh... congrats Banjoe and Azian (minah ni sebaya ngan aku), moga dapat anak yang comel- comel (yakinkah anda utk produce anak yang comel?), hahaha jahat aku nih... apa - apa pun kalau orang kawin esok (ntah le bile), korg kena la sponsor lebih- lebih ok?... *post*

Monday, August 27, 2007

Saturday, August 25, 2007

Blergh...

My dear blog;

Out of sudden I miss 'us'... where have we been my dear... I miss those amazing time we had... together... we laughed... we cried... I'll never forget the precious memories... Yup! we had such amazing story... The story that money can't buy... *post*


p/s: Gamba di atas ketika kami masih kurus heheheh

Monday, August 20, 2007

Aduhai JJJ...

My dear blog;

Dia buat hal lagi... lari 80km/j jek terus gegar gegar... aku ingat bila dia dapt tayar baru dia lagi ok... tapi since tuka tayar hari tuh dia start ngengada nak gegar gegar plak... jangan la begitu... nanti kena kuar duit lagi... semalam drive kat highway Ipoh- Kl pon rasa mcm sipot... rasa ngantuk gile sebab tak bleh nak lari lebih dari 80... bas bodo bodo tu dgn bangga memotong... ada yang lebih kerek ngada ngda plak nak hi-beam... mementang la aku kena bawak slow jek... herph... takpela esok mak ngan abah nak datang... bolehla aku pow bawak JJJ pi workshop... hehehehe *post*

Monday, August 13, 2007

M size...

My dear blog;

I have to face the fact that i'm in size 'M' now... that's sucks! *post*

Thursday, August 02, 2007

Song of the Month...

My dear blog;



Get Your Own Player!





August... a bit mellows to me... these songs bring me back to the memory land… *post*

Wednesday, August 01, 2007

Yes lah!

My dear blog;

Alhamdulillah... naik pangkat... naik gaji... yes lah!

*post*

Tuesday, July 24, 2007

Karangan Di Pagi Yang Sejuk...

My dear blog;

Hari nih suasana sungguh 'mandom'... sejuk sejuk nyaman menambahkan lagi perasaan malas ke opis... tapi disebabkan aku mempunyai perasaan bertanggung jawab *bukan seperti mamat UUM kat dlm blog Yatt tuh* ehem! aku gagah jugak bangun... sampai opis, perasaan lemau lemau malas masih ada lagi... bukak bukak email tu dia bersusun dia masuk... menandakan hari ni bakal sibuk untuk aku... tapi kerna aku bukan budak UUM kat dlm blog Yatt tuh, aku buat jugak semua keje tuh... nak dekat lunch semua nya hampir settle... tetiba satu mail masuk... mail yang buat aku terbangun, cardas lalu tergelak besar sengsorg (sampai kuar air mata)... gelagat aku telah mengakibatkan mamat sebelah cubicle aku ni tengok aku dgn dahi berkerut kerut tanda tak paham... kalau nak tau apa isi kandungan mail tuh sila baca karangan di bawah:


Subject: FW: Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya kepasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak sayatercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Diapun memecut lebih laju iaitu sama dgn kelajuan cahaya. Kami pulaterpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


*post*

Friday, July 20, 2007

New Toy... (the output - bak kata syik)

My dear blog;


Ultimate Duo

The Towers




Bubbling Bubbles



Ini lah output hasil Holga mainan terbaru saya... gamba nya sememangnye blur tapi saya suka... Ianya menghasilkan satu perasaan 'klimaks' paras tertinggi selepas film di 'develope'.... sekian terima kasih.... Oh ya!.... Tiada khidmat photoshop diperlukan untuk gamba di atas... more pictures click here... *post*

Thursday, July 19, 2007

New Toy...

My dear blog:


This is Holga... my new toy... :)

What is Holga?:
The Holga is an inexpensive, medium format 120 film toy camera, originating in Hong Kong in 1982, that later came to be appreciated for its low-fidelity aesthetic. The Holga's cheap construction and simple meniscus lens often yields pictures that display vignetting, blur, light leaks, and other distortions.
*post*

Wednesday, July 04, 2007

Port Dickson - Part 1

My dear blog;

Some shots taken from an unplanned trip to Port Dickson from Wan's wedding at Tampin, Negeri Sembilan... more pictures at here and here... enjoy! *post*


Monday, June 18, 2007

The Song of The Month...

My dear blog;

The song of the month:


Get Your Own Player!





p/s: Please click pause button for a while, then click the play button.

*post*

Thursday, June 14, 2007

Pendang, Kedah

My dear blog;


Esok aku akan ke Pendang, Kedah... jangan tanya kat mana Pendang tuh sebab aku pun tak tau... ni first time aku dengar nama tempat tuh... or maybe orang lain tau aku je yang tak tau... kenapa aku ke sana?... another Tepakbridal's job for wedding photography... dengar-dengar mereka (client) nak kasi tempat chalet di atas tasik sebagai tempat tinggal kami di sana nanti... such a great news to me.. for the first timer... untuk jejak kaki di Pendang, Kedah... dengar khabar di sana penuh dengan sawah padi dan time nih sawah tengah menguning... herphh... can't wait!... idea dan lokasi yang bagus untuk outdoor shoot... when I have time, I'll upload the pictures here... dan di bawah adalah senarai lagu yang bakal teman aku sepanjang jalan drive ke Pendang nanti :


Deerhoof
Song: + 81
album: Friend Opportunity
Label: Kill Rock Stars


Rogue Wave
Song: 10:1
album: 10:1 Single
Label: Sub Pop Records


Fruit Bat
Song: A Bit Of Wind
album: Mouthfuls
Label: Sub Pop Records


Cursive
Song: A Disruption In The Normal ...
album: The Difference Between Hous...
Label: Saddle Creek


The Decemberists
Song: Billy Liar
album: Billy Liar
Label: Kill Rock Stars


Hot Hot Heat
Song: Bandages
album: Make Up the Breakdown
Label: Sub Pop Records


Modest Mouse
Song: The View
Special: Music From The OC: Mix 4
Label: Warner Bros. Records


Orenda Fink
Song: Bloodline
Album: Invisible Ones
Label: Saddle Creek

Maria Taylor
Song: Lost Time , A Good Start
Album: Lynn Teeter Flower
Label: Saddle Creek


*post*

Wednesday, June 13, 2007

The Seating Map...

My dear blog;


Which one is yours... or in other word... which one can you afford? (after convert to RM) ... haihhhhh~~~ *post*

Wednesday, June 06, 2007

The Cure...

My dear blog;

Yup! yup! that's the latest info... see you there!


THE EAST CONFIRMED...

WEDNESDAY 1ST AUGUST
SINGAPORE INDOOR STADIUM SINGAPORE
ONSTAGE 20:00(FOR AS LONG AS WE WANT?!!)
TICKETS: On sale 9am June 13th
Sistic - Hotline + 65 6488 5555
*post*

Sunday, June 03, 2007

Fireworks...

My dear blog;

Meet my new love; fireworks... *wink*




*post*

Friday, May 25, 2007

Fall...

My dear blog;

He said to me, "I'm fall in love with love again"... and I just smile... *post*

Wednesday, May 16, 2007

Hari Guru...

My dear blog;

Hari ni hari guru eh?... apa apa pun selamat haru guru untuk abah... walaupun dah bersara tapi orang kat batu pahat tuh still bahasakan dia cikgu... Cikgu Khalid B Manap... hehe selamat hari guru kat Bain abang aku yang first, Cikgu Khairil Azlee B Khalid... selamat hari guru untuk kakak ipar aku Kak Jannah (wife abg aku, Bain)... selamat hari guru jugak kat bakal kakak ipar aku (bakal wife abang aku Banjoe), Cikgu Azian... kot.. aku pon tak berapa ingat nama penuh dia... entah la aku pon bukan jenis ice breaker nih... nak beramah mesra tak berapa sangat... and tak lama lagi adik aku(Khairil Anuar B Khalid) tuh mcm ada aura melangkah ke alam guru jugak... dan gf dia pon tengah study celup jadik cikgu gak... haihhhh keluarga cikgu rupa nya family aku... nasib baik aku ngan Banjoe (abg aku yg 2nd) bukan cikgu... sebab kami adalah orang orang cool... muhahahahaha *gelak perasan*... *post*


p/s: aku pon dulu sipi lagi nak jadik cikgu aku study TESL kat PPP dulu siap dapat biasiswa Kementerian Pendidikan... tapi tak minat punya pasal aku stop study TESL kat tengah tengah... *phew!*

Tuesday, May 15, 2007

It's about time...

My dear blog;

I need holiday... I need vacation... and meeting new people... but not that close.... not as a close friend so that I won't get hurt.... *post*

Monday, May 07, 2007

Sudah jatuh ditimpa tangga?

My dear blog;

Semalam,

Robet call aku yang dia akan sampai Kl dlm pukul 4pm... aku tanya pada dia samada nak aku jemput atau tak? dia kata "Takpe, saya nak balik umah saya terus. Tapi pukul 6pm kita kena pergi KLCC kena jumpa client". Herph... aku ok jek... dlm pukul 5.30pm mcm tuh aku dah siap nak keluar untuk jemput dia dan kami boleh ke KLCC sama-sama. Robet call "Awak kat mana? takyah dtg sekarang client tu call balik suruh dtg pukul 8pm". Herph... aku mmg pantang kalau dah siap nak keluar nak nak dah sampai part bukak pintu org kensel suruh jgn keluar dulu. Aku kata "Takpe la saya dtg skang... dah siap nih malas nak tunggu lagi". Robet tetap suruh aku tunggu dulu sebab dia malas nak keluar awal takut tak tau nak pegi mana. Terus la mood aku jatuh ke paras lantai... ok takpe aku tunggu, kali ni aku akan keluar lewat skit biar dia yang tunggu aku... hehehe *gelak dengki dlm hati*

pukul 6.45pm, Robet call balik tanya aku kat mana, aku jawab aku dah nak keluar rumah. Dia kata, "ok saya tunggu". Aku turun jln keparking lot, terus masuk kunci, hidup kan enjen kereta aku... tu dia.... takde riaksi, enjin aku senyap jek... huh! apa dah jadi?... aku check lampu tak nyala.. tapi 'tit tot' (aku panggil untuk alarm keta) boleh la plak... bateri kah?... aku call Helda, tak angkat... aku call Diera, dia kata dia akan dtg tolong aku... sementara tuh aku jln pi guard house mintak diorg tolong... diorg tolong jump start kan... alhamdullilah hidup enjen kereta aku... aku call Robet suruh dia pi jumpa client dulu... Diera dtg teman aku pi beli bateri.. melayang Rm125... herph.. nak buat camna la kan... bile semua settle aku pi KLCC, call Robet, dia kata dia dah jumpa client and semua dah settle... so ok lah.... aku pick up Robet kat KLCC...

pukul 9.00pm di KLCC... aku suruh Robet tunggu aku kat depan Isetan... sampai depan Isetan aku tak nampak kelibat Robet... aku call dia, few seconds baru nampak dia dgn t-shirt merah kusam, dia jalan ke arah aku... dia naik kereta... time nak jalan ada satu teksi bodoh, baghal, tak masuk sekolah memandu or maybe tak pernah pegi sekolah, berenti tgh jalan amik passenger, jarak dia tak berapa jauh di depan kereta aku... aku pun tanya la Robet, "Agak- agak saya keluar nih lepas tak awak?" Robet kata, "Lepas - lepas boleh lagi," Dengan confident aku keluar tetiba Robet cakap "Op... opppp wak!," Tu dia sudah gesel itu teksi... aku rasa air kat mata dah bertakung... satu calar besar kat sebelah kanan kereta... ahhh tidakkkk!!! aku punya sedih... ni la first time 'Rostam' (nama member aku kasik kat kereta aku) calar... rasa nak jatuh jantung aku... aku tak sanggup nak tgk lagi, terus ajak Robet naik kereta terus kami ke Bukit Bintang... aku lepas geram makan laksa di kedai Nasi Ayam Hainan yang famous kat situ... Robet nak amik hati aku belanja aku makan... ok la bolehhhh laaa...

Balik rumah aku termenung kejap... amik sekeping tiramusi... aku potong makan pelan pelan... lalu dibilas dengan caramel teachino... herph... ok la bolehhhhh laaaa... dengan harapan esok adahlah hari yang indah buat aku...

Hari ni, pagi ni....

Aku ke office dgn mood yang baru... sampai lepas bayar duit parking, terus aku ke kotak parking yang aku biasa park kereta aku hari hari... bagus... setakat ini takde seiapa yg berani kacau kotak parking tuh... aku off radio, off air-cond... aku picit suis tingkap... *gulp!*... tingkat aku tak bergerak ke atas walau seinci pun... aku turun kan sedikit, boleh... aku senyum, cuba lagi... erk! tak gerak langsung... cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi... masih tak boleh... tetiba aku terasa tangga menghempap belakang kepala aku!... terus aku call team aku cakap aku masuk office lambat hari nih... aku memandu lesu ke workshop berhampiran... dalam hati aku berkata "Ahhhh.... duit lagiiiii..." aku redha akan dugaan-Nya... *post*

Friday, May 04, 2007

Selalunya...

My dear blog;

Lokasi : Office aku
Hari : Jumaat

Time - time macam nih la dia nak sibuk buat aura huru hara macam ada server atau system akan down... time - time macam ni la... para manager akan sibuk sibuk kat belakang seat aku buat discussion nak kasi aku bimbang atau risau kalau ada issue yang akan timbul... time - time macam ni la keje macam berpusu - pusu nak masuk mail box aku... time time macam nih lah... time - time aku ngah nak rush balik untuk tgk spiderman3 malam ni, mereka nak timbul kan suasana sibuk yang buat aku tak sedap hati nak balik on time.... Hampeh! *post*

Thursday, May 03, 2007

Cuti, cuti... duit habis...

My dear blog;

Hari nih sebelum jejak kaki masuk office aku dah tau dah, hari nih mesti hari yang membosankan... herph... sah! memang bosan... suasana office yang suam suam kuku... dengan cibicle yang lebih banyak kosong dari berisi bebetul buat aku rasa nak tidur jek depan PC nih... jenguk kat cubicle Azah, kosong... tak keje kot dia nih... entah MC entah sambung cuti... best betul... dah la pagi tadi baru lepas ujan... so, takde la member breakfast aku hari nih... dah la coffee machine rosak... sah! hari nih memang hari yang bosan kat office hari nih...

Semalam aku tak boleh tido... herph.. penangan tgk citer jangan pandang belakang.. haishhh apa nak jadi ngan aku pon tak tau la... herph.. yelah dah duduk sengsorg kat apartment tuh bila dah tgk citer tuh impak nye adalah terasa sikit... heheh... yang paling bosan ngan aku punya 'perangai' ni, mak aku... hahah cuti labour day lepas tuh aku balik BP... disebabkan penangan crite tuh aku ketuk bilik mak ngan abah aku pukul 3 pagi... paksa mak aku tido ngan aku... so 3 mlm la dia tido ngan aku... haishhh teruk lak aku rasa... tapi mak aku kata syok plak tido kat bilik aku... dia tido nyenyak sampai satu hari tuh dia termiss subuh... hahhaha....

Bulan nih mmg aku lari budget gegile... bile dah balik BP napsu shopping aku membuak buak... barang murah murah... herph... habis beg, kasut, baju aku beli... takpe la aku bukan selalu shopping pun (ye ke? yela....) ... nampak nye plan nak beli katil kene pospone la... herph.. takpe la beli frame katil dulu... sebab Ikea tgh sale skang nih... kang termiss plak... bulan depan beli tilam plak... tilam takpe beli kat kedai perabot biasa pun boleh, plus lagi murah...

Terasa mcm nak tukar layout and MP3 lagu baru... tgk la kalau ada masa... kepada Diera dan Helda : "Jom la lepak umah aku weekend nih, lama tak lepak sesama... nanti aku masak spegeti x-periment hehehhe... terasa mcm nak masak jek... kalau korg ada boleh la rasa bahan ujikaji aku tuh... "... heheh entah la *post*

Wednesday, April 25, 2007

Dia dan sejarahnya...


My dear blog;

Aku dah tau... aku dah lihat dan aku dah cuba menyedapkan hati sendiri bahawa semua itu sudah menjadi sejarah... at last... aku berjaya lupakan sejarah dia...

tapi...

tiba tiba... gambaran itu terbayang bayang... terngiang ngiang... dia dan sejarahnya... dan entah kenapa aku takut kan sesuatu... kemungkinan akan ada... dia dan sejarah baru...

atau...

aku yang paranoid... takutkan sejarah sendiri.... *post*

Wednesday, April 18, 2007

The Anatomy...

My dear blog;



Grey's Anatomy is back... with the new season... so, I upload the soundtrack song from previous season - Get Set Go (wait) to refresh back the mood... hehehe... so, Gray's Anatomy fan... don't forget, tonight at 10.45pm NTV... enjoy! *post*
p/s: click at play button at the MP3 player for the song.

Tuesday, April 17, 2007

YM...

My dear blog;

Dah tak bleh YM kat opissssss!!!! sucks ah!... sekian terima kasih... *post*

Tuesday, April 10, 2007

Boy always be boy...

My dear blog:

Selalunye dia:
  • Tak perasan yang kita ni tuka style rambut - Takpe dimaafkan
  • Tak perasan kita pakai baju/anything yang baru - Takpe dimaafkan
  • Tak berapa ingat sesetengah tarikh yang penting - Err... Lepas kena pujuk kira ok la, dimaafkan.
  • Tak ingat bila pesan suruh burn list lagu yang diberi - Takpe dimafkan
  • Tak ingat tarikh hari ni apa - What?... betul... ada jugak kes nih... Takpe dimaafkan
  • Tak ingat apa apa - Ni kira mcm kes hilang ingatan sebentar (di alam yg lain) ... Takpe dimaafkan
  • Tak ingat nak bawak hp - Biasa la kan... Takpe dimaafkan

Tapi kalau...

  • Tak ingat phone number gf sendiri walaupun dah nak masuk 2 taun couple - BOLEH?!!! rasa macam nak maki pun ada.

Alasan yang diberi:

Robet: "Dah phone pakai address book... dial ikut situ jela... so, mcmana nak ingat phone number tuh"

Aku: "@#*&^!)(^#$(" - sila translate sendiri.

*post*

Thursday, April 05, 2007

Insecure...

My dear blog;
At this moment... If you feel like crying but having difficulty in doing that.... and when you realize when you cry you can throw out all the uneasy feeling out from your body... because it is not wrong to cry sometime... and I think after you cry all out you will feel much much more better.... so... if you feel like crying just listen to this song... it helps you... and it helps me out... *post*
p/s: scroll down to the bottom and you can see the mp3 player. Click at the play button and enjoy the song...
Azure Ray
November

So i'm waiting for this test to end
So these lighter days can soon begin
I'll be alone but maybe more carefree
Like a kite that floats so effortlessly
I was afraid to be alone
Now I’m scared that’s how id like to be
All these faces none the same
How can there be so many personalities
So many lifeless empty hands
So many hearts in great demand
And now my sorrow seems so far away
Until i'm taken by these bolts of pain
But i turn them off and tuck them away
Till these rainy days that make them stay
And then i'll cry so hard to these sad songs
And the words still ring, once here now gone
And they echo through my head everyday
And i don’t think they'll ever go away
Just like thinking of your childhood home
But we can’t go back we're on our own
Oh...
But i'm about to give this one more shot
And find it in myself
I’ll find it in myself
So were speeding towards that time of year
To the day that marks you're not here
And i think i'll want to be alone
So please understand that i don’t answer the phone
I'll just sit and stare at my deep blue walls
Until i can see nothing at all
Only particles some fast some slow
All my eyes can see is all i know
Ohh...
But i'm about to give this one more shot
And find it in myself
I'll find it in myself

Friday, March 30, 2007

Nidji...

My dear blog;

Went to Nidji show last week... and here are the pictures...

Location: Rumm
Time: 8.30pm - 12.00am


p/s: disebabkan akulah manusia yang pemalas maka dengan ini, ini sahaja yang mampu aku edit... selain nya bila aku sudah kembali rajin (aku pon tak tau bila la tuh)







*post*