My dear blog;
Semalam,
Robet call aku yang dia akan sampai Kl dlm pukul 4pm... aku tanya pada dia samada nak aku jemput atau tak? dia kata "Takpe, saya nak balik umah saya terus. Tapi pukul 6pm kita kena pergi KLCC kena jumpa client". Herph... aku ok jek... dlm pukul 5.30pm mcm tuh aku dah siap nak keluar untuk jemput dia dan kami boleh ke KLCC sama-sama. Robet call "Awak kat mana? takyah dtg sekarang client tu call balik suruh dtg pukul 8pm". Herph... aku mmg pantang kalau dah siap nak keluar nak nak dah sampai part bukak pintu org kensel suruh jgn keluar dulu. Aku kata "Takpe la saya dtg skang... dah siap nih malas nak tunggu lagi". Robet tetap suruh aku tunggu dulu sebab dia malas nak keluar awal takut tak tau nak pegi mana. Terus la mood aku jatuh ke paras lantai... ok takpe aku tunggu, kali ni aku akan keluar lewat skit biar dia yang tunggu aku... hehehe *gelak dengki dlm hati*
pukul 6.45pm, Robet call balik tanya aku kat mana, aku jawab aku dah nak keluar rumah. Dia kata, "ok saya tunggu". Aku turun jln keparking lot, terus masuk kunci, hidup kan enjen kereta aku... tu dia.... takde riaksi, enjin aku senyap jek... huh! apa dah jadi?... aku check lampu tak nyala.. tapi 'tit tot' (aku panggil untuk alarm keta) boleh la plak... bateri kah?... aku call Helda, tak angkat... aku call Diera, dia kata dia akan dtg tolong aku... sementara tuh aku jln pi guard house mintak diorg tolong... diorg tolong jump start kan... alhamdullilah hidup enjen kereta aku... aku call Robet suruh dia pi jumpa client dulu... Diera dtg teman aku pi beli bateri.. melayang Rm125... herph.. nak buat camna la kan... bile semua settle aku pi KLCC, call Robet, dia kata dia dah jumpa client and semua dah settle... so ok lah.... aku pick up Robet kat KLCC...
pukul 9.00pm di KLCC... aku suruh Robet tunggu aku kat depan Isetan... sampai depan Isetan aku tak nampak kelibat Robet... aku call dia, few seconds baru nampak dia dgn t-shirt merah kusam, dia jalan ke arah aku... dia naik kereta... time nak jalan ada satu teksi bodoh, baghal, tak masuk sekolah memandu or maybe tak pernah pegi sekolah, berenti tgh jalan amik passenger, jarak dia tak berapa jauh di depan kereta aku... aku pun tanya la Robet, "Agak- agak saya keluar nih lepas tak awak?" Robet kata, "Lepas - lepas boleh lagi," Dengan confident aku keluar tetiba Robet cakap "Op... opppp wak!," Tu dia sudah gesel itu teksi... aku rasa air kat mata dah bertakung... satu calar besar kat sebelah kanan kereta... ahhh tidakkkk!!! aku punya sedih... ni la first time 'Rostam' (nama member aku kasik kat kereta aku) calar... rasa nak jatuh jantung aku... aku tak sanggup nak tgk lagi, terus ajak Robet naik kereta terus kami ke Bukit Bintang... aku lepas geram makan laksa di kedai Nasi Ayam Hainan yang famous kat situ... Robet nak amik hati aku belanja aku makan... ok la bolehhhh laaa...
Balik rumah aku termenung kejap... amik sekeping tiramusi... aku potong makan pelan pelan... lalu dibilas dengan caramel teachino... herph... ok la bolehhhhh laaaa... dengan harapan esok adahlah hari yang indah buat aku...
Hari ni, pagi ni....
Aku ke office dgn mood yang baru... sampai lepas bayar duit parking, terus aku ke kotak parking yang aku biasa park kereta aku hari hari... bagus... setakat ini takde seiapa yg berani kacau kotak parking tuh... aku off radio, off air-cond... aku picit suis tingkap... *gulp!*... tingkat aku tak bergerak ke atas walau seinci pun... aku turun kan sedikit, boleh... aku senyum, cuba lagi... erk! tak gerak langsung... cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi... masih tak boleh... tetiba aku terasa tangga menghempap belakang kepala aku!... terus aku call team aku cakap aku masuk office lambat hari nih... aku memandu lesu ke workshop berhampiran... dalam hati aku berkata "Ahhhh.... duit lagiiiii..." aku redha akan dugaan-Nya... *post*
Monday, May 07, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
those bitter experience...one day... gonna be one hell of a sweet memories.
dont worry :)
thanks bro :) *wink*
uehuehueh..tula..kuar rumah tak bace bismillah..ngehngeh
aku siap baca doa bukak pintu tau... hehehhe
Post a Comment