Wednesday, September 26, 2007

New Logo...

My dear blog;

Selepas setahun alhamdulillah masih lagi beroperasi, rezeki... ini logo terbaru Tepak Bridal Photography... credit goes to awangpurba for this briliant design... please do not hesitate to call for booking…book awal awal untuk mengelakan larat... especially untuk December and November... next year slot sudah di buka juga... jadi cepat sebelum terlambat.. hehehe *post*



p/s: congrats to Azim and Erlina for the new born twin baby... diorg ni first customer yang hired Tepak Bridal tau...

Wednesday, September 19, 2007

Oh! anai - anai...

My dear blog;

Rumah ku diserang anai anai!!!... entahla dari mana dtgnye... dah la duduk apartment camna ntah anai - anai tu boleh menyerang... habis almari aku ditebuk nya... nak tak nak kenala aku buang almari tuh termasuk beberapa baju aku... hari Rabu lepas baru dapat beli racun dia... puas aku pusing area kinrara carik kedai jual racun serangga tapi tak jumpa... last - last gamble je pergi kedai hardware... suprisingly, ada jual la plak... maka tamatla riwayat anai - anai tersebut... tak sia sia la aku jadi fara the bugbuster... hehehe ... tapi sebenarnya yang banyak buat keje nih ialah En. Robet... sebab aku geli geleman tgk anak anai-anai tu bergelimpangan... lalu aku mengambil keputusan untuk menonton cerita KAMI dgn Gray's Anatomy di sepanjang proses pembunuhan anai-anai tu... heheh thanks la En. Awak... so, sekarang nih setiap kali aku balik rumah, bukak pintu jek mesti bau racun tuh... ntah bila la bau tu nak hilang... bulan nih kena la beli almari baru (duit lagi), haishhh.... *post*

Thursday, September 13, 2007

Selamat Berpuasa...

My dear blog;

"Selamat berpuasa dan selamat bertarawikh"
*post*

Wednesday, September 12, 2007

Happy Birthday En. Awak...

My dear blog;

"Be not afraid of growing slowly
Be afraid only if standing still"







*post*

Friday, September 07, 2007

Tahniah Banjoe...

My dear blog;

Tanggal 31st August, abang aku yang no 2, Banjoe selamat 'dinikahkan'... 1st Sept acara di rumah perempuan di Kluang, 2nd Sept pula di rumah kami di Batu Pahat, penat mmg la penat... aku lari sana sini... aku la yang sambut tetamu, aku la yang jadik MC suruh diorg salam pengantin (kitorg takde acara tepung tawar)... aku la yang tolong kasi bunga telur.. almaklumla aku sorg jek perempuan kat dlm adik beradik aku... heheh terasa mcm mami jarum pon ada... ala ala kepoh dan sibuk di hari perkahwinan orang lain... tapi takpe la... nasib baik abang aku nih simple sgt org nya takde la dia nak demand tinggi tinggi... sebenarnya takde pon acara bersanding dan takde pon pelamin yang berlangsir- langsir... tapi di sebabkan kitorg nak buat tempat ambil gamba keluarga, aku pun buatla mini pelamin... hehehe aku buat dari ranting kayu, dan aku hias skit ngan bunga daisy warna putih dgn daun liar lilit- lilit kat keliling ranting tuh... hehehe (dgn dibantu oleh Robet), alhamdulillah eksperimen kami menghias mini pelamin menjadi walaupun ianya sangat simple tapi kami sgt berpuas hati (puji diri sendiri utk menyedapkan hati) dgn hasil kerja kami yang first time tuh... congrats Banjoe and Azian (minah ni sebaya ngan aku), moga dapat anak yang comel- comel (yakinkah anda utk produce anak yang comel?), hahaha jahat aku nih... apa - apa pun kalau orang kawin esok (ntah le bile), korg kena la sponsor lebih- lebih ok?... *post*

Monday, August 27, 2007

Saturday, August 25, 2007

Blergh...

My dear blog;

Out of sudden I miss 'us'... where have we been my dear... I miss those amazing time we had... together... we laughed... we cried... I'll never forget the precious memories... Yup! we had such amazing story... The story that money can't buy... *post*


p/s: Gamba di atas ketika kami masih kurus heheheh

Monday, August 20, 2007

Aduhai JJJ...

My dear blog;

Dia buat hal lagi... lari 80km/j jek terus gegar gegar... aku ingat bila dia dapt tayar baru dia lagi ok... tapi since tuka tayar hari tuh dia start ngengada nak gegar gegar plak... jangan la begitu... nanti kena kuar duit lagi... semalam drive kat highway Ipoh- Kl pon rasa mcm sipot... rasa ngantuk gile sebab tak bleh nak lari lebih dari 80... bas bodo bodo tu dgn bangga memotong... ada yang lebih kerek ngada ngda plak nak hi-beam... mementang la aku kena bawak slow jek... herph... takpela esok mak ngan abah nak datang... bolehla aku pow bawak JJJ pi workshop... hehehehe *post*

Monday, August 13, 2007

M size...

My dear blog;

I have to face the fact that i'm in size 'M' now... that's sucks! *post*

Thursday, August 02, 2007

Song of the Month...

My dear blog;



Get Your Own Player!





August... a bit mellows to me... these songs bring me back to the memory land… *post*

Wednesday, August 01, 2007

Yes lah!

My dear blog;

Alhamdulillah... naik pangkat... naik gaji... yes lah!

*post*

Tuesday, July 24, 2007

Karangan Di Pagi Yang Sejuk...

My dear blog;

Hari nih suasana sungguh 'mandom'... sejuk sejuk nyaman menambahkan lagi perasaan malas ke opis... tapi disebabkan aku mempunyai perasaan bertanggung jawab *bukan seperti mamat UUM kat dlm blog Yatt tuh* ehem! aku gagah jugak bangun... sampai opis, perasaan lemau lemau malas masih ada lagi... bukak bukak email tu dia bersusun dia masuk... menandakan hari ni bakal sibuk untuk aku... tapi kerna aku bukan budak UUM kat dlm blog Yatt tuh, aku buat jugak semua keje tuh... nak dekat lunch semua nya hampir settle... tetiba satu mail masuk... mail yang buat aku terbangun, cardas lalu tergelak besar sengsorg (sampai kuar air mata)... gelagat aku telah mengakibatkan mamat sebelah cubicle aku ni tengok aku dgn dahi berkerut kerut tanda tak paham... kalau nak tau apa isi kandungan mail tuh sila baca karangan di bawah:


Subject: FW: Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya kepasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak sayatercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Diapun memecut lebih laju iaitu sama dgn kelajuan cahaya. Kami pulaterpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


*post*

Friday, July 20, 2007

New Toy... (the output - bak kata syik)

My dear blog;


Ultimate Duo

The Towers




Bubbling Bubbles



Ini lah output hasil Holga mainan terbaru saya... gamba nya sememangnye blur tapi saya suka... Ianya menghasilkan satu perasaan 'klimaks' paras tertinggi selepas film di 'develope'.... sekian terima kasih.... Oh ya!.... Tiada khidmat photoshop diperlukan untuk gamba di atas... more pictures click here... *post*

Thursday, July 19, 2007

New Toy...

My dear blog:


This is Holga... my new toy... :)

What is Holga?:
The Holga is an inexpensive, medium format 120 film toy camera, originating in Hong Kong in 1982, that later came to be appreciated for its low-fidelity aesthetic. The Holga's cheap construction and simple meniscus lens often yields pictures that display vignetting, blur, light leaks, and other distortions.
*post*

Wednesday, July 04, 2007

Port Dickson - Part 1

My dear blog;

Some shots taken from an unplanned trip to Port Dickson from Wan's wedding at Tampin, Negeri Sembilan... more pictures at here and here... enjoy! *post*


Monday, June 18, 2007

The Song of The Month...

My dear blog;

The song of the month:


Get Your Own Player!





p/s: Please click pause button for a while, then click the play button.

*post*

Thursday, June 14, 2007

Pendang, Kedah

My dear blog;


Esok aku akan ke Pendang, Kedah... jangan tanya kat mana Pendang tuh sebab aku pun tak tau... ni first time aku dengar nama tempat tuh... or maybe orang lain tau aku je yang tak tau... kenapa aku ke sana?... another Tepakbridal's job for wedding photography... dengar-dengar mereka (client) nak kasi tempat chalet di atas tasik sebagai tempat tinggal kami di sana nanti... such a great news to me.. for the first timer... untuk jejak kaki di Pendang, Kedah... dengar khabar di sana penuh dengan sawah padi dan time nih sawah tengah menguning... herphh... can't wait!... idea dan lokasi yang bagus untuk outdoor shoot... when I have time, I'll upload the pictures here... dan di bawah adalah senarai lagu yang bakal teman aku sepanjang jalan drive ke Pendang nanti :


Deerhoof
Song: + 81
album: Friend Opportunity
Label: Kill Rock Stars


Rogue Wave
Song: 10:1
album: 10:1 Single
Label: Sub Pop Records


Fruit Bat
Song: A Bit Of Wind
album: Mouthfuls
Label: Sub Pop Records


Cursive
Song: A Disruption In The Normal ...
album: The Difference Between Hous...
Label: Saddle Creek


The Decemberists
Song: Billy Liar
album: Billy Liar
Label: Kill Rock Stars


Hot Hot Heat
Song: Bandages
album: Make Up the Breakdown
Label: Sub Pop Records


Modest Mouse
Song: The View
Special: Music From The OC: Mix 4
Label: Warner Bros. Records


Orenda Fink
Song: Bloodline
Album: Invisible Ones
Label: Saddle Creek

Maria Taylor
Song: Lost Time , A Good Start
Album: Lynn Teeter Flower
Label: Saddle Creek


*post*

Wednesday, June 13, 2007

The Seating Map...

My dear blog;


Which one is yours... or in other word... which one can you afford? (after convert to RM) ... haihhhhh~~~ *post*

Wednesday, June 06, 2007

The Cure...

My dear blog;

Yup! yup! that's the latest info... see you there!


THE EAST CONFIRMED...

WEDNESDAY 1ST AUGUST
SINGAPORE INDOOR STADIUM SINGAPORE
ONSTAGE 20:00(FOR AS LONG AS WE WANT?!!)
TICKETS: On sale 9am June 13th
Sistic - Hotline + 65 6488 5555
*post*

Sunday, June 03, 2007

Fireworks...

My dear blog;

Meet my new love; fireworks... *wink*




*post*